Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat pemaju tempatan Mysuccess Land Sdn. Bhd.
Mysuccess Land merupakan sebuah syarikat pemaju tempatan yang akan membangunkan sebuah projek perumahan kos rendah dan kos sederhana di Ipoh.
Memorandum ini adalah untuk meningkatkan mutu kehidupan warga Ipoh dengan memberi keutamaan kepada golongan B40 untuk memiliki hartanah yang dibangunkan ini.
Datuk Bandar Ipoh Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md telah mewakili MBI dalam upacara ini paad 5 September 2022.
Mysuccess Land akan membina sebanyak 1,465 unit hartanah kos rendah dan kos sederhana di atas tanah seluas 82.53 ekar. Usaha ini bakal memberi manfaat kepada warga Ipoh terutama golongan B40.
Pemaju ini memberi komitmen dan keutamaan kepada anggota MBI yang layak untuk memiliki hartanah ini sekaligus merealisasikan keinginan memiliki kediaman sendiri sebagai penghargaan kepada anggota-anggota Majlis.
Projek ini akan menjadi sebuah projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang terbesar di Ipoh sejak dari 15 tahun yang lalu.
Pada masa yang sama juga, penyampaian CSR Mock Cheque daripada Tenaga Nasional Berhad dan Persatuan Kek Look Seah telah diadakan.
Majlis ini dihadiri oleh Pengurus Besar Tenaga Nasinal Berhad TNB PERAK, Dato Ir Sharudin Bin Mohd Simin serta Pengerusi Kek Look Seah, Chung Yew Tong.
Program Baiti Jannati CSR Ipoh Smart City ini merupakan program kerjasama TNB bersama Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja kerja baik pulih rumah untuk asnaf.
Hasil daripada Projek Smart Meter pihak TNB melalui Pengurus Besar TNB, Dato Ir Shahrudin Bin Mohd Simin bersetuju untuk memperuntukan kepada MBI sebanyak RM60,000.00 kepada MBI untuk tujuan baik pulih rumah asnaf.
CSR ini merupakan hasil daripada salah satu projek di bawah Pelan Tindakan Bandar Pintar IPOH 2030 di bawah projek Smart Meter.
Turut diadakan adalah Penyampaian Mock Check bagi program CSR bersama pertubuhan Perkuburan Bukan Islam Kek Look Seah oleh Chung Yew Tong, Pengerusi Kek Look Seah.
Sumbangan bernilai RM 211,500.00 ini bertujuan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah B40 dalam urusan pengembumian khas untuk orang bukan Islam.
Program ini pula adalah salah satu inisiatif Persatuan Kek Look Seah dan MBI dalam membantu warga kota dan meringankan beban mereka.