Perpustakaan Tun Razak anjur program Semangat Merdeka dan Hari Malaysia

Lebih 300 pelajar sekolah rendah, tadika dan pra sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan dan ceramah di Perpustakaan Tun Razak.

Perpustakaan Tun Razak
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Bagi menyemai semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air, dalam kalangan kanak-kanak, Perpustakaan Tun Razak (PTR) mengambil inisiatif menganjurkan program My Love PTR Semangat Merdeka dan Hari Malaysia.

Lebih 300 pelajar sekolah rendah, tadika dan pra sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan dan ceramah yang dianjurkan oleh PTR.

Antara pertandingan yang dianjurkan seperti pakaian beragam, bicara berirama serta ceramah motivasi sempena Hari Malaysia.

Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mendengar ceramah motivasi sempena Hari Malaysia yang disampaikan oleh mantan Datuk Bandar Ipoh ke-5, Dato’ Sirajuddin Salleh.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkap Ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan Dato’ Azizul Kama Abd Aziz.

See also  Liberty awards ASPIRE Scholarship to top scholars
Perpustakaan Tun Razak
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Menurut Ketua Bahagian Perpustakaan Tun Razak (PTR) Ipoh, Rohayu Mohd Tahir, pihaknya giat menjalankan program kemasyarakatan supaya orang ramai menjadikan perpustakaan sebagai sahabat atau tempat rujukan.

“Kita mesti buang stigma atau tanggapan yang perpustakaan ini cuma tempat untuk baca buku, diam dan tidak boleh bising.

“Sebenarnya kita boleh pelbagaikan program yang berilmu juga, untuk orang ramai daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.

“Kita buat program terapkan jati diri kepada mereka, beri mereka keyakinan diri dengan penglibatan aktiviti menarik di sini, kita kena jadikan perpustakaan ini boleh digunakan untuk pelbagai program,” katanya.

Dalam pada itu, Rohayu berkata PTR dengan kerjasama MBI juga sedang giat bergerak ke sekolah-sekolah di bandar raya ini.

See also  700 Penang students shine in MEMC24 Grand Final
Perpustakaan Tun Razak
Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

“Dengan cara ini kita dapat promosikan PTR, selain itu ada urban farming di sini dan orang ramai datang sini untuk lihat kebun itu.

“Banyak sekolah juga sudah mula berminat bekerjasama dengan PTR, selepas ini kami akan pergi ke sekolah-sekolah untuk anjur program menarik serta pastikan perpustakaan di sekolah lebih sistematik,” katanya lagi.

Perpustakaan Tun Razak berperanan sebagai pusat sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan hub pendidikan warga kota Bandaraya Ipoh.

Tujuannya adalah untuk menghimpun, menyedia, mengolah, memelihara dan menyelenggara bahan bacaan dan rujukan. Sebagai sumber utama pendidikan perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut kepada seluruh warga kota Ipoh. di sekitar Bandaraya Ipoh.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].