Hasil cukai tanah di KL RM361 juta

Hasil cukai tanah di KL RM361 juta

Sejumlah RM361 juta dikutip dari hasil cukai tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat 15 Okt lalu melepasi sasaran pungutan sebanyak RM221 juta, kata Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), Hasim Ismail.

HASIL CUKAI TANAH DI KL RM361 JUTA

Sejumlah RM361 juta dikutip dari hasil cukai tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat 15 Okt lalu melepasi sasaran pungutan sebanyak RM221 juta, kata Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), Hasim Ismail.

“Ini bermakna kita telah melebihi 63 peratus daripada sasaran tahun ini dan kejayaan ini adalah berdasarkan pelbagai notis rampasan yang dikeluarkan oleh pihak kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasim berkata pihaknya juga dapat mengurangkan kes penipuan tanah di Kuala Lumpur kepada 21 kes sehingga Oktober tahun ini daripada 24 kes tahun lepas.

“Daripada jumlah 21 kes berkenaan, sebanyak 18 kes masih dalam siasatan polis, dua kes masih di bawah penelitian Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara manakala satu kes lagi telah didakwa di Mahkamah,” katanya.