`Himpunan Perdana JMB` platform atasi isu berkaitan perumahan

`Himpunan Perdana JMB` platform atasi isu berkaitan perumahan

Kerajaan Selangor akan menganjurkan program Himpunan Perdana JMB  pada  31 Oktober  bagi mendengar serta menyelesaikan masalah dan isu yang dihadapi penduduk kawasan perumahan di negeri ini.

Pegawai Dasar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Norazali Zainuddin berkata tujuan program itu diadakan untuk memberi pendedahan serta maklumat secara terperinci mengenai peranan dan fungsi JMB kepada penduduk.

Menurutnya ia berikutan sehingga ke hari ini masih ramai yang tidak mengetahui peranan dan fungsi sebenar JMB.

“Sehubungan itu, program Himpunan Perdana JMB atau Badan Pengurusan Bersama ini merupakan platform kepada kerajaan negeri dan penduduk untuk bertukar pendapat dan pandangan,” katanya dihubungi Komunitikini petang tadi.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Jelasnya mengikut statistik diperolehi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dianggarkan 910 buah flat kos rendah dan kondominium di Selangor berdaftar dan mempunyai JMB.

Tambahnya bagaimanapun, hanya 500 JMB masih aktif serta berjaya dikesan sehingga kini.

“Program itu akan dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan dihadiri kira-kira 3,000 penduduk dan satu pertiga JMB.

“Ia dijadualkan berlangsung seawal jam 8.30 pagi sehingga 4 petang bertempat di Dewan Jubli Selangor Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.

Difahamkan, segala masalah bangunan kediaman tidak diselengara, lif rosak, pemaju lepas tangan dan sebagainya antara masalah yang sering membelenggu penghuni kediaman bertingkat sejak bertahun lamanya akan berjaya diselesaikan menerusi sesi dialog dan perbincangan yang dianjurkan ini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans