Pindaan akta pengangkutan bolehkan JPJ hitamkan pesalah PBT

Pindaan akta pengangkutan bolehkan JPJ hitamkan pesalah PBT

Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Pemilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman Pihak Berkuasa Tempatan atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata perkara itu adalah antara 60 pindaan yang akan dibentang di Dewan Rakyat bulan depan.

Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Selain itu katanya, pindaan juga antara lain mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya.

“Sebelum ini bila kes dibawa ke mahkamah atau bila terjadi situasi di mana kenderaan disenarai hitamkan alasan yang diberikan adalah mereka tidak terima notis saman, jadi melalui pindaan akta ini nanti mereka perlu memastikan alamat sentiasa terkini,” katanya.

Solah berkata pelbagai cara disediakan bagi mereka memaklumkan alamat terkini kepada JPJ termasuk menerusi lama web organisasi itu, emel dan juga di pejabat pos.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Ada antara kita yang bila terima surat notis serahan untuk ambil di pejabat pos kerana tidak ada dirumah, tidak menghiraukannya kerana tahu ialah notis saman dari JPJ ataupun polis.

“Sehubungan itu, melalui pindaan akta ini kita akan menampal notis di rumah dan mengeluarkan notis di media,” katanya.

Bernama