Majlis Bandaraya Seremban adakan Sesi Libat urus bersama Biro Pengaduan Awam

Sesi ini telah membincangkan kes-kes aduan yang melibatkan Majlis Bandaraya Seremban , Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Sembilan

Majlis Bandaraya Seremban

Satu Sesi Libat Urus (SLU) Biro Pengaduan Awam (BLA) Bersama Majlis Bandaraya Seremban telah diadakan di Bilik Klana Petra, Wisma Majlis Bandaraya Seremban baru-baru ini.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Dato’ Masri Bin Hj Razali dan Timbalan Ketua Pengarah (P) BPA Kamalazira Bin Pauzi.

Sesi ini telah membincangkan kes-kes aduan yang melibatkan Majlis Bandaraya Seremban , Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Sembilan.

Majlis Bandaraya Seremban

Lawatan tapak bersepadu juga diadakan bagi aduan PCB.925860: Tanah Mendap dan aduan PCB.927105: Rumput-Rumput Sangat Tinggi Dan Banyak Nyamuk.

Pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan MBS serta wakil agensi yang berkaitan juga turut hadir di sesi ini.

Ibu Pejabat BPA telah diwakili oleh Sri Ram A/L Letchimanan, Suhaimi Bin Saudi, Mohd Shahrul Bin Sukiman dan Mariani Binti Abdul Razak.

Manakala, BPA Melaka/Negeri Sembilan turut diwakili dalam majlis ini oleh Joanna A/P Jayaprakash, Nur Anis Nordin, Azlin Shahida Mohd Noor dan Mohd Nor Ezham Bin Mat Yusof.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].