Kerajaan S`ngor cadang bina Tadika Rakyat di Petaling Jaya

Kerajaan S`ngor cadang bina Tadika Rakyat di Petaling Jaya

Menteri Besar berkata, Tadika Rakyat yang akan dibina meliputi empat aliran Melayu dan empat aliran Tamil di tanah kerajaan negeri di tiga buah kawasan iaitu Kampung Lindungan, Desa Mentari dan Desa Ria.

Kerajaan Selangor bercadang untuk  membina  lapan buah Tadika Rakyat baru di sekitar daerah Petaling Jaya  dengan peruntukkan sebanyak RM625,000 pada masa hadapan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerja-kerja projek pembinaan ini  dijangka akan bermula mengikut fasa   tidak lama lagi dengan merangkumi kemudahan infrastruktur  asas yang lengkap.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, Tadika Rakyat yang akan dibina meliputi empat aliran Melayu dan empat aliran Tamil di tanah kerajaan negeri di tiga buah kawasan iaitu Kampung Lindungan, Desa Mentari dan Desa Ria.

“Inisiatif ini diambil untuk pembangunan masyarakat kawasan ini kerana tiga kampung ini adalah antara yang masih belum mendapat kemudahan asas yang secukupnya,”  katanya pada Program Pecah Tanah Tadika Rakyat, PJS 6 Kampung Lindungan, baru-baru ini.

See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

Sehubungan itu, beliau berharap kerja-kerja pembinaan dapat dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dengan lancar selesai secepat mungkin bagi memudahkan masyarakat di kawasan tersebut menggunakan kemudahan tersebut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengulas lanjut, Khalid turut memberi jaminan bahawa tapak bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) akan diwartakan dan meminta penduduk membuat surat kepada Kerajaan Persekutuan memohon pembinaan sekolah-sekolah tersebut.

Justeru itu, ujarnya pantauan dan penyelidikan terhadap sistem perparitan akan dilakukan dibeberapa kawasan yang sering mengalami masalah banjir apabila hujan lebat dan berharap tidak akan timbul lagi masalah tersebut.

“Saya sentiasa menerima apa jua cadangan pembangunan daripada masyarakat bagi membangun kawasan tersebut dan memuji komitmen yang ditunjukkan masyarakat kawasan tersebut yang berbilang kaum terhadap program-program yang dianjurkan,” katanya.

See also  Penang wetland hosts 20,000 migratory birds each season