Majlis Bandaraya Ipoh dianugerahkan PBT 5 Bintang tahun 2022

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dinobatkan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua terbaik dalam kategori Bandaraya di Malaysia dengan jumlah markah 98.25.

Majlis Bandaraya Ipoh

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dinobatkan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua terbaik dalam kategori Bandaraya di Malaysia dengan jumlah markah 98.25.

Sehubungan itu, MBI dianugerahkan penarafan Pihak Berkuasa Tempatan 5 Bintang bagi tahun 2022.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud telah menerima anugerah tersebut daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempena Konvensyen PBT di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) petang tadi.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan usaha berpasukan yang dilakukan oleh Datuk Bandar, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Majlis Bandaraya Ipoh

Beliau berharap kejayaan ini dapat menjadi pemangkin kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras bagi PBT lain di seluruh Malaysia.

Anugerah Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) kategori Bandaraya ini telah dimenangi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, diikuti oleh MBI.

Dengan bertemakan Perbandaran Madani, Negara Sejahtera, konvensyen ini dihadiri oleh hampir 2000 peserta yang terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha, Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

Konvensyen ini merupakan platform terbaik bagi memberi peluang kepada semua peserta berkongsi pengalaman dan berbincang untuk mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif dan kreatif secara holistik dalam menangani isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT.

Majlis Bandaraya Ipoh

Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) tahun 2022 dijalankan oleh sebuah panel penilai yang terdiri daripada pegawai Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

SPB-PBT merupakan sistem penilaian yang bertujuan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara menerusi kaedah penggredan yang seragam. Tujuannya adalah untuk meletakkan PBT pada kedudukan yang sesuai mengikut ranking bagi meningkatkan kapasiti daya saing setiap PBT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.

Pihak pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai KPKT dan seluruh warga kerja MPBP atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi penilaian SPB-PBT pada kali ini.

Terdapat empat (4) kriteria dan 17 sub-kriteria di bawah SPB-PBT tahun 2021, iaitu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].