Buku ‘Fabulous Food 1Malaysia Trail 2009?  diedar seluruh negara

Buku ‘Fabulous Food 1Malaysia Trail 2009? diedar seluruh negara

Menteri pelancongan berkata, pada tahun ini sebanyak 50 kedai terbaik akan dipilih bagi setiap masakan berdasarkan syor yang dikemukakan orang ramai.

Buku bertajuk ‘Fabulous Food 1Malaysia Trail 2009’ yang menampilkan 10 makanan paling istimewa Malaysia dalam tiga kategori – nasi lemak, laksa dan Bak Kut Teh – akan dilancarkan untuk edaran ke seluruh negara mulai semalam, kata menteri pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Menurutnya objektif utama penerbitan buku itu ialah untuk membimbing penggemar makanan dalam membuat pilihan.

Ia juga bertujuan memanfaatkan daya tarikan yang terdapat dalam sektor makanan dan menjadikannya produk pelancongan istimewa Malaysia, katanya.

Tambahnya pada 2009, pelancong berbelanja RM8.5 bilion untuk makanan di Malaysia dan ini merupakan perbelanjaan ketiga tertinggi oleh mereka.

“Jadi, kita guna public punya komen. Sebanyak 50 kedai terbaik dipilih bagi setiap masakan berdasarkan syor yang dikemukakan orang ramai melalui laman web www.fabfood1malaysia.com,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran buku itu.

See also  Dewakan earns first MICHELIN Green Star, two-star rating

Beliau berkata penyenaraian itu juga dibuat berdasarkan kualiti makanan, layanan dan kebersihan.

Jelasnya sejak laman web itu dilancarkan, lebih 30,864 pengunjung dari 47 negara melayarinya untuk memberi komen tentang pelbagai jenis makanan tempatan yang dihidangkan oleh restoran terbaik dan gerai di Malaysia.

Beliau berkata Fabulous Food 1Malaysia 2010 akan berlangsung dari Oktober hingga Disember dan tiga makanan yang dipilih ialah sate, roti canai dan nasi ayam.

Tiga jenis makanan dipilih setiap tahun dengan harapan restoran di negara ini akan mencapai taraf antarabangsa, ujarnya.

Kempen Fabulous Food 1Malaysia yang dilancarkan tahun lepas, dibahagikan kepada tiga segmen – Malaysia International Gourmet Food Festivals pada Oktober, Asean Heritage Food Trail pada November dan Festival Makanan Jalanan dan Festival Makanan Restoran pada Disember.  -bernama

See also  TANYU unveils Modern Chinese Concept store at Sunway Pyramid