Kenderaan berat ancam keselamatan penduduk

Kenderaan berat ancam keselamatan penduduk

pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang parkir kenderaan berat berhampiran kawasan perumahan di sekitar Petaling Jaya.

Penduduk kawasan perumahan Jalan Medan 11,  menggesa pihak  berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang parkir kenderaan berat berhampiran kawasan perumahan mereka.

Penduduk turut mendakwa kenderaan berat  diparkir di bahu dan selekoh  jalan raya merbahayakan keselamatan mereka kerana jalan itu menjadi laluan utama pengguna kenderaan.

Selain itu, ia merupakan satu-satunya  jalan pintu masuk dan keluar penduduk yang tinggal di kawasan perumahan.

Tinjauan Komunitikini baru-baru ini mendapati bukan sahaja kenderaan berat seperti bas, lori juga turut diparkir di kawasan perumahan tersebut sekali gus mengancam nyawa penjalan kaki dan kanak-kanak yang menggunakan laluan tersebut.

Justeru itu, menghalang penglihatan pemandu  kereta dan penunggang motosikal  yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam dan awal pagi.

See also  Toppled tree causes major damage in BU 11 Suburbia Park

Salah seorang penduduk,  Suhaimin Sulaiman, 33, berkata sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan berat yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di situ menimbulkan rasa kurang senang sesetengah penduduk.

Menurutnya, beliau sudah beberapa kali menegur perbuatan pemilik kenderaan berkenaan supaya tidak meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan berhampiran kawasan perumahan tetapi tidak dihiraukan.

“Saya pernah menasihati mereka supaya tidak meletakkan kenderaan mereka di sini, kerana ia terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

“Tetapi kata-kata saya itu tidak dihiraukan sehingga ke hari ini. Pemilik kenderaan berat ini pun penduduk di sini, mungkin tiada tempat khas untuk lori dan bas di sini memaksa mereka berbuat demikian,” katanya.

See also  Caring for Our Forests event marks World Habitat Day

Sementara itu, Anis Suraya Abdul Latif, 21, memberitahu kenderaan yang dipandunya pernah bergesel dengan sebuah lori yang diletakkan berhampiran salah satu simpang di situ.

“Mujur kereta saya hanya tercalar sedikit. Di sini tiada tempat khas untuk meletakkan kenderaan berat, tetapi kenapa mereka masih berbuat demikian,” jelasnya.

Katanya, agensi penguatkuasaan daerah perlu mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan berat yang meletakkan kenderaan milik mereka sesuka hati.

“Mungkin dengan tindakan mengenakan kompaun atau saman dapat memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak meletakkan lori dan bas di sini,” tegasnya.