RM128.2 j cukai taksiran perlu dijelaskan selewatnya akhir Ogos ini

RM128.2 j cukai taksiran perlu dijelaskan selewatnya akhir Ogos ini

210,018 pemegang harta perlu menjelaskan cukai taksiran semasa bagi setengah tahun kedua dengan jumlah keseluruhan cukai semasa dan tunggakan berjumlah RM128.2 juta sehingga akhir Ogos ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggesa 210,018 pemegang harta supaya menjelaskan cukai taksiran semasa bagi setengah tahun kedua melibatkan jumlah keseluruhan cukai semasa dan tunggakan berjumlah RM128.2 juta sebelum 31 Ogos ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ, Zainun Zakaria berkata, pemegang harta yang masih belum menjelaskan cukai taksiran diminta membuat pembayaran sebelum atau pada tarikh berkenaan bagi mengelak dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Katanya, untuk tujuan itu pihaknya telah menghantar bil cukai taksiran bagi tahun Kedua (Julai hingga Disember) kepada semua pemegang harta terlibat melalui pos.

“Sekiranya ada pemegang harta yang masih tidak menerima bil taksiran, mereka dinasihatkan untuk datang ke Pejabat Jabatan Perbendaharaan, Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat MBPJ untuk mendapatkan salinan, dan seterusnya menjelaskan bayaran di kaunter pembayaran utama,” katanya dalam satu kenyataan media.

See also  Discover exclusive luxury at ViO Banj’ran in Seremban 2

Jelasnya, untuk memudahkan lagi bayaran cukai taksiran, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan melanjutkan waktu perkhidmatan kaunter utama.

Menurutnya, kaunter utama dan tingkat tiga Menara MBPJ akan beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari hari isnin sehingga Jumaat.

“Manakala pada waktu tambahan (Julai dan Ogos) dibuka dari 5.30 petang hingga 6 petang merangkumi pembayaran menerusi tunai, cek, wang pos, kiriman wang pos serta kad kredit,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata pada hari Sabtu dan Ahad kaunter ditutup waktu biasa sehingga hari cuti am pada 27 hingga 31 Ogos ini.

“Untuk waktu tambahan (Julai dan Ogos) kaunter pembayaran dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang dan pada cuti am 27 hingga 31 Ogos ini,” tambahnya.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Dalam perkembangan lain, Zainon memberitahu bagi urusan pembayaran bagi pengguna kenderaan pula, kaunter pandu masuk mula beroperasi 8.30 pagi sehingga 4 petang pada waktu bekerja merangkumi pembayaran menerusi tunai, cek, wang pos, kiriman wang pos serta kad kredit.

“Untuk cara pembayaran lebih cepat dan pantas di hujung jari, pemegang harta boleh melayari pautan [email protected] tertera pada laman web majlis tanpa sebarang tempoh sekatan dikenakan

“Untuk keterangan lanjut pemegang harta boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan menerusi talian 03-79563544 sambungan 213 / 214,” jelasnya.