Kerajaan S`ngor salur RM2.7 juta kepada seluruh sekolah agama

Kerajaan S`ngor salur RM2.7 juta kepada seluruh sekolah agama

Sebanyak RM2.7 juta disalurkan kepada sekolah agama di seluruh negeri untuk baik pulih prasarana yang daif sekolah-sekolah berkenaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengagihkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta kepada sekolah agama di seluruh negeri untuk baik pulih prasarana yang daif di sekolah-sekolah berkenaan.

Majlis penyerahan cek bantuan disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kampung Asahan, Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dan Adun Bukit Melawati, Muthiah.

Kerajaan Selangor menerima 238 permohonan untuk bantuan peruntukan sejak permohonan fasa pertama dibuka bermula Februari hingga 30 April 2010.

Permohonan diterima dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Intergrasi (KAFAI).

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Daripada jumlah itu, hanya 136 permohonan SAR, KAFA dan KAFAI telah diluluskan dan layak untuk menerima bantuan peruntukan ini. Jumlah ini meningkat berbanding hanya 114 buah sekolah yang menerima peruntukan sepanjang tahun lalu.

Bagi SRA dan SRAI, peruntukan disalurkan secara terus menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagi tahun 2010, Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM6 juta untuk SAR, KAFA dan KAFAI kerana kebanyakan bangunan sekolah dalam keadaan uzur dan daif yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri.

Permohonan Bantuan Pembangunan Fizikal Sekolah bagi FASA II 2010 dibuka bermula 22 Julai lalu sehingga 30 September.

Di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), SAR tidak mendapat perhatian sewajarnya yang menjadi faktor sekolah ini ketinggalan dari segi infrastruktur berbanding sekolah kebangsaan, sekolah cina dan tamil.

See also  UniRazak recognised for educational excellence

Dalam ucapannya, Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor mentadbir negeri ini secara adil dengan memberikan perhatian kepada semua sekolah termasuk SAR, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Inilah bukti kerajaan negeri menepati janji apabila hasil negeri dikembalikan semula kepada rakyat. Hasil kekayaan negeri diberikan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Menteri Besar berkata, peranan dan aktiviti sekolah agama wajar diberi sokongan dan bantuan kerana ia mampu menjadi wadah alternatif kepada rakyat Selangor dalam usaha memberikan pendidikan kepada anak-anak.