Penjaja projek Little India dakwa ditindas

Penjaja projek Little India dakwa ditindas

Seramai 68 penjaja sekitar Jalan Tun Sambathan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera menyelesaikan isu kekurangan kemudahan infrastruktur di lokasi penempatan sementara.

P21-07-10_12.37[1]

Seramai 68 penjaja sekitar Jalan Tun Sambathan  menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera menyelesaikan isu kekurangan kemudahan infrastruktur di lokasi penempatan sementara.

Kebanyakan penjaja berhampiran Pasaraya Sri Kota dan kawasan sekitarnya ke Jalan Chan Ah Tong  mendakwa  kerja pembinaan dilakukan pihak kontraktor  boleh diibaratkan seperti sekadar melepaskan batu ditangga sekali gus menyukarkan mereka untuk meneruskan aktiviti perniagaan.

Seorang penjaja, Hu Seng Kim, 63, melahirkan perasaan kecewa apabila melihat keadaan infrastruktur penempatan sementara tidak lengkap.

P21-07-10_11.47[1]

Menurutnya, pihak kontraktor tidak membina longkang dalam premis bagi membolehkan air mengalir keluar sekali gus menyebabkan air bertakung.

Ujarnya, keadaan unit kedai yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti sistem pendawaian elektrik yang tidak sempurna nyata menimbulkan kebimbangan besar kepadanya.

“Kalau kamu tengok keadaan seperti ini, bagi makan percuma pun orang tak mahu. Mana mahu dapat untung kalau macam ini dan susahlah saya mahu cari makan,” katanya.

Bagi Aslah Ibrahim, 55, berkata  dahulunya beliau berniaga di tapak lama  tetapi disebabkan projek Little India, kami diarahkan berpindah.

Malah, beliau yang sudah berniaga lebih 10 tahun  telah memberi cadangan kepada pihak berkuasa untuk mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berpindah.

P21-07-10_11.58

Menurutnya, memanglah perniagaan merupakan periuk nasi mereka tetapi apa yang penjaja tekankan adalah mengenai kemudahan asas infrastruktur.

“Dua minggu lepas,  kami diberitahu oleh pengarah DBKL pada 13 Julai untuk mengemas semua barang manakala 16 Julai paling maksimum untuk tinggal.

“Tetapi apa yang kami dapati kerja pembinaan tidak siap sehinggalah 16 Julai baru siap itu pun pemasangan paip tidak betul,” ujarnya.

Aslah berkata, kalau keadaannya macam ini, macam mana mahu berniaga? Air bertakung sana sini. Hujan atau panas sama saja keadaannya.

“Difahamkan kontraktor menyatakan mereka tidak sempat membuat longkang kerana diarahkan berhenti.

“Semua orang di sini menderita kerana masalah ini. Kita cuma minta kemudahan asas itu saja dan saya betul-betul terkilan dan kecewa kerana kami diperlakukan seperti ini,” katanya

P21-07-10_12.37

Manakala salah seorang peniaga  memberitahu hujan lebat turun petang semalam menyebabkan air mengalir masuk ke dalam kedai.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Menurutnya, bila hujan habis semua barang berniaga basah kerana bumbung dipasang hanya setengah sahaja.

“Bila saya laporkan kepada persatuan, mereka menyuruh saya mengambil gambar dan tunjukkan kepada mereka.

“Macam mana saya nak ambil gambar bila hujan tiba, saya hilang pelanggan. Saya bukan meniaga tetapi lebih membersihkan kedai,” katanya.

Nurul Izzah kesal sikap sambil lewa kontraktror MRCB

P21-07-10_11.52

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata daripada awal notis pemindahan, beliau sudah mengingatkan kepada kontraktor MRCB untuk menyediakan penempatan sementara sempurna kepada penjaja.

Menurutnya, sehingga hari ini tiada langkah susulan  diambil Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan dan kerajaan persekutuan.

“Saya terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa bila sampai ke tapak penempatan sementara. Penjaja sudah berniaga lebih 32 tahun dipaksa berpindah 16 Julai lepas kepada satu penempatan tidak mempunyai infrastruktur lengkap.

“Masalah sistem perparitan, sistem perparitan tak betul, bumbung setengah saja,tiada jerigi besi, bilik air tak berfungsi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berpendapat memang tidak ada alasan yang boleh diberikan  kerajaan (dalam projek ini) supaya dalam mempertahankan nama baik projek little india kononnya untuk rakyat, kenapa begitu ramai penjaja, rakyat Malaysia di Brickfield dipinggirkan dan diperlakukan dengan begitu hina.

P21-07-10_11.56

“Saya boleh sebut hina,  ini bukan isu politik, mengapa mereka diperlakukan sebegitu rupa, mereka diarahkan untuk berpindah tetapi malangnya kemudahan infrastruktur asas tidak dibina dengan sempurna,” ujarnya.

Nurul Izzah turut mempersoalkan sekiranya MRCB merupakan sebuah kontraktor bertanggungjawab dan profesional, tengok daripada kerja-kerja yang dibuat sebelum ini profesional apa benda.

Tambahnya, parit pun tidak disediakan, budak kejuruteraan tahun pertama pun tahu, sebelum penjaja ini diarahkan berpindah sepatutnya asas kemudahan infrastruktur disediakan.

“Saya harap semua pihak bangkitkan isu ini kerana dalam rundingan yang diadakan pihak MRCB dan kerajaan, mereka tidak libatkan penjaja  terus sebelum tempat ini dibina untuk mengetahui dan mengenalpasti apakah kemahuan mereka supaya mendapat pulangan tetapi yang terlibat adalah wakil MIC.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

“Masa saya tanya Datuk M Saravanan, dia kata saya fitnah. Hari ini terbukti bila penjaja sebut mereka tidak dilibatkan dalam penempatan sementara,” katanya.

Susulan itu, beliau  mendesak MRCB membayar pampasan kepada penjaja di atas kerugian yang ditanggung.

“Sebelum ini, Datuk M Saravanan dengan megah berkata ini merupakan `corporate sosial responsibility`, apakah makna `corporate sosial responsibility` bila duit keluar daripada kerajaan masuk dalam poket MRCB.

“Kalau benar seperti yang dimaksudkan, pembangunan semula yang akan memberi pulangan kepada bangunan-bangunan kepunyaan MRCB seperti KL Sentral dan sebagainya pastikan penjaja mendapat pampasan supaya mereka memprolehi hasil halal, mereka bekerja bukan mengemis,” ujarnya.

P21-07-10_12.34

Nurul Izzah berkata, menerusi perbualan bersama penjaja dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 sehari.

Menurutnya, siapa yang akan menanggung kerugian mereka  sampaikan lubang singki untuk membenarkan aliran air keluar  terpaksa ditebuk sendiri.

“Secara jujurnya, ini melampau, apa sahaja projek Little India sedang dan akan dibangunkan, sekiranya mereka dilayan sebegini rupa (this is inhuman).

Katanya, dalam sejarah dirinya turun padang meninjau masalah rakyat,  dia amat kecewa  dan tidak sangka boleh berlaku perkara sebegini rupa.

“Setiap kali mereka (penjaja) jumpa saya, mereka dikatakan jumpa penghasut, jumpa pembangkang. Kalau you (BN/MRCB) tidak mahu mereka jumpa saya, (do your job).

“Saya tahu mereka ini ada di kalangan sokong BN,  saya tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu. Isunya mereka perlu dilayan dengan seadil-adilnya, mereka bukannya mahukan apa-apa tambahan,” tegasnya.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Saravanan mendesak masalah berkenaan diselesaikan dalam masa terdekat selain meminta senarai lampiran penjaja di kawasan berkenaan dan pemberian pampasan.

“Saya harap isu ini dibawa oleh semua pihak. Saya fikir MRCB dengan keuntungannya mereka tidak hirau masalah yang dihadapi rakyat. Sudah sampai masanya, kalau mereka bukan kontraktor bertanggungjawab, rakyat akan menghukum.

“Saya akan bagi surat pada Saravanan dan MRCB dalam masa terdekat dan akan bawa perkara ini ke sesi parlimen akan datang,” katanya.