Lindungi peninggalan sejarah penting di Pulau Pinang dari vandalisme

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru orang ramai supaya menjaga kubu peninggalan Perang Dunia Kedua di Jalan Cikgu Abu, Teluk Kumbar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru orang ramai supaya menjaga kubu peninggalan Perang Dunia Kedua di Jalan Cikgu Abu, Teluk Kumbar yang telah dibaik pulih dan menjauhi budaya vandalisme.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, inisiatif Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) itu sebenarnya memberi nilai tambah di kawasan setempat terutamanya dari segi pelancongan.

“Ini adalah salah satu warisan yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri serta bernilai tinggi.

“Jadi ia perlu dijaga dengan rapi untuk tatapan generasi akan datang yang mungkin tidak lagi mengenali struktur dan sejarah negara dan negeri sekiranya ia tidak dipelihara dengan baik,” ujar Soon Hin ketika melawat kubu terbabit yang baru dibaik pulih di sini pagi tadi.

See also  Malaysia, China partner for documentary: boosting tourism 

Hadir sama, Penghulu bagi kawasan Teluk Kumbar, Khalid Zakaria; Pengurus Bahagian Binaan Persekitaran dan Pemantauan GTWHI, Muhammad Hijas Sahari; Pengarah 7DSM Sdn. Bhd. (kontraktor), Toh Saw Khim dan Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Wawasan Open University (WOU), Prof. Abdul Rashid Abdul Aziz.

Menurut Saw Khim, kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan bermula 23 Januari lalu dan siap pada 7 April lepas.

“Kos baik pulih sekitar RM40,000 dan ini merupakan kubu kedua yang dibaik pulih setelah pembaikan sama ke atas B01 kira-kira 10 meter dari sini siap pada September 2022,” jelasnya kepada pemberita.

Sementara itu, Hijas memaklumkan proses menyiapkan kubu tersebut turut berdepan tugas mencabar dalam memelihara keasliannya seperti menggunakan bahan yang sama dengan struktur asal.

See also  Tourism Malaysia unveils plans for Visit Malaysia 2026

“Kubu itu boleh memuatkan kira-kira 12 orang pada satu-satu masa dan berdasarkan kajian dibuat berkemungkinan, kubu peninggalan British itu juga tidak terlibat dalam sebarang peperangan ekoran tiada kesan tembakan,” tambahnya.

Sumber: Buletin Mutiara

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].

Add comment