Sukarelawan Kapal Mavi Marmara, Jamuliddin Elias akan berada bersama penduduk Taman Medan malam ini di Karnival “Jom Ke Masjid” Nurul Ehsan. Jamuliddin merupakan timbalan pengerusi Yayasan Amal Malaysia (YAM)
Beliau akan menyampaikan ceramah “Air Mata Gaza” dan berkongsi pengalaman beliau semasa misi kemanusian ke Gaza tempohari.
Menurut wakil Yayasan Amal Malaysia – Cawangan Selangor kawasan PJS, Muhammad Yunus Bin Mahaiyuddin berkata tujuan program ceramah berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada umat islam di taman ini tentang nasib umat Islam di Gaza.
Upacara karnival Perasmian Program Karnival tersebut akan di rasmikan oleh pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam negeri, Hasan Mohamed Ali
Karnival tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 2, 3 dan 4 Julai 2010 .
Antara program-program yang akan diadakan: Konsert Kesenian Islam yang menampilkan artis seperti Rabbani dan Hijjaz, Forum Perdana Ehwal Islam, gerai-gerai jualan, pertandingan nasyid, bola sepak, bola jaring dan lain-lain lagi.