Berita susulan : KL Marathon 2010 Standard Chartered pandang serius terhadap bantuan kecemasan dan keselamatan

Berita susulan : KL Marathon 2010 Standard Chartered pandang serius terhadap bantuan kecemasan dan keselamatan

Komunitikini menerima penjelasan daripada ahli jawatankuasa perubatan dan pihak penganjur KL Marathon Standard Chartered 2010 mengenai insiden melibatkan seorang peserta yang telahpun meninggal.

Komunitikini menerima penjelasan daripada ahli jawatankuasa perubatan dan pihak penganjur KL Marathon Standard Chartered 2010 mengenai insiden salah seorang peserta maraton, Lim Wei Ji, meninggal dunia akibat daripada pihak paramedik lambat bertindak.

Menurut pihak penganjur, segala tindakan kecemasan dan keselamatan dipandang serius oleh penganjur KL Marathon Standard Chatered 2010 sepanjang program tersebut berlangsung.

Jawatankuasa perubatan menjelaskan bahawa terdapat sepuluh buah ambulans disediakan sepanjang perjalanan maraton dan dua buah ambulans ditugaskan berada di Dataran Merdeka.

Selain itu, terdapat empat buah trak disediakan dan tiga buah daripadanya bergerak sepanjang perjalanan 10 kilometer tersebut serta peti bantuan kecemasan juga disediakan pada setiap trak tersebut.

Difahamkan terdapat seorang pegawai perubatan, empat orang pebantu perubatan, tiga orang jururawat dan 30 orang fisioterapi yang bertugas di situ.

Seterusnya, dua bantuan pernafasan (Automated External Defibrillators) disediakan di pusat perubatan dan juga setiap satu di kereta perubatan serta pusat St John yang berpusat di PWTC.

See also  Thamaraj makes history with Silat gold in Abu Dhabi

Secara keseluruhannya, pusat perubatan di Dataran Merdeka telah merawati 200 kecederaan peserta termasuk tiga orang peserta yang dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut manakala sebanyak 100 kes diterima sepanjang laluan maraton tersebut.

Jawatankuasa perubatan ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, sebanyak dua buah stesen air dipusatkan sepanjang laluan marathon, iaitu satu berpusat di jalan Syed Putra pada empat kilometer pertama dan satu lagi di Padang Merbok di laluan lapan kilometer.

Berkenaan insiden kematian tersebut pihak penganjur berkata, salah seorang pegawai DBKL telah melihat kelibat orang ramai berkerumun di hadapan bangunan DBKL kira-kira jam 8.05 pagi.

Pegawai tersebut bersama tiga orang rakan sejawatnya turut menjenguk melihat apa yang berlaku dan mereka melihat seorang lelaki yang jatuh pengsan di tengah jalan.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

Salah seorang lelaki memberi bantuan pernafasan terhadap peserta tersebut sambil berteriak meminta pertolongan memanggil ambulans.

Pada waktu yang sama, polis trafik sampai di tempat kejadian untuk mengawal kesesakan lalu lintas untuk memberi laluan ketibaan ambulans.

Ujar pihak penganjur lagi, ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah yang terdekat telah sampai di tempat kejadian kira-kira dalam lima minit dengan membawa alat pertolongan kecemasan.

Persatuan Bulan Sabit Merah terbabit segera memberi bantuan kecemasan yang sepatutnya kepada Lim.

Setelah sedari tiada perubahan terhadap peserta, Lim dipindahkan ke dalam ambulans yakni bantuan pernafasan terus diberi serta dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Lim sampai di hospital pada pukul 8.30 pagi.

Pihak penganjur diberitahu oleh pihak hospital, Lim meninggal dunia kira-kira jam 9.45 pagi.

Pihak penganjur turut merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga peserta atas kematian Lim.