Pameran Denyut Nadi

Pameran Denyut Nadi

Pelita Hati dengan kerjasama MAP mempersembahkan Denyut Nadi, a group art exhibition bersama-sama dengan beberapa nama baru dan lama dalam industri seni halus di Malaysia.

Pelita Hati dengan kerjasama MAP mempersembahkan Denyut Nadi, a group art exhibition bersama-sama dengan beberapa nama baru dan lama dalam industri seni halus di Malaysia.

Bertemakan muzik The Rhythm of Life hampir separuh dari artis yg terlibat adalah mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri muzik ataupun sekadar pemain instrument muzik yg mahir.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis perasmian akan diadakan pada 6 Julai 2010 di MAP Dutamas berdekat dengan Masjid Wilayah berhampiran Matrade.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Artist yg terlibat Rina Shukor, Fathullah Luqman Yusuff, Maakmor Jantan, Issarezal Ismail, Eric Keoh, Kamal Sabran, Adeputra Masri, Ronnie Mohamad, Eddie Lim, Teoh Joo Ngee, Syam Asmawi, Shia Ying Ying, Zubin Zainal dan Ikhwan Ismail.

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

Antara sebahagian Sinopsi Denyut Nadi

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Wujud satu aksiom, ‘setiap nan hidup akan merasa mati.’ Jika diperinci lagi, sekiranya manusia bersetuju bahawa kesemua benda hidup termasuk tumbuhan itu sentiasa mempunyai proses getar nadi, degup ’jantung’ untuk menghantar oksigen juga air ke seluruh anggota, maka dapat disinonimkan frasa persis falsafah tadi menjadi, ’setiap bernadi akan akhirnya berhenti’.

Cuba dengarkan lagu yang paling asyik sekali bagi kamu. Kamu akan dapati ritma serta irama lagu itu pelbagai; ia punya bahagian yang memisahkan, antara intro, baris rangkap, korus, interlud (jika ada) dan akhirnya outro. Hukum muzik itu terletak kepada rentak temponya. Itulah nadi kepada lagu tadi. Rentak tempo muzik juga beraneka dari laju ke perlahan. Ia memberi rasa jiwa dan langsung mencipta keunikan sesebuah lagu. Langsung juga mengkelaskan lagu kepada genre tertentu.

See also  GMBB celebrates Malaysian life through culture, stories and traditions

keterangan lanjut:-
Tarikh : Julai  6, 2010
Masa : 8pm
Tempat: White Box,
MAP @ Solaris Dutamas,
1, Jalan Dutamas 1.