Generasi muda mahu sebahagian tembok penjara Pudu dipulihara

Generasi muda mahu sebahagian tembok penjara Pudu dipulihara

Penjara Pudu kini menunggu masa sebelum temboknya diruntuhkan untuk membina laluan bawah tanah.

P20-06-10_18.00[1]

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.

Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

P20-06-10_18.03[1]

Tembok penjara mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British.

Kini kompleks penjara dan tembok itu sudah menjangkau usia 100 tahun  akan dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan bermula 21 hingga 24 Jun ini.

Manakala, kerja pembinaan akan dilakukan pada jam 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini.

P20-06-10_18.03

Namun, kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan  pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Ada antara mereka yang setuju dan ada yang memberikan pendapat disebaliknya  dengan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  mahu membina laluan bawah tanah di kawasan tersebut untuk menjadi laluan alternatif menghubungkan Jalan Pudu Raya ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future

Tinjauan Komunitikini di sekitar penjara Pudu Ahad lalu mendapati masih ada segelintir orang ramai yang mahu mendekati dan tidak lupa mengabadikan kenangan disebalik bangunan menyimpan seribu satu rahsia.

P20-06-10_17.54[1]

Menurut Leong Siew Shen, 33, menetap di Kuala Lumpur, tiada apa yang boleh digambarkan menerusi perasaan tatkala mendapat tahu kompleks penjara itu akan dirobohkan.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semula adakah tindakan merobohkan ‘tugu’ itu wajar untuk kebaikan rakyat di negara ini atau akan timbul masalah disebaliknya.

“Sebelum ini pun kita dapati jalan sesak, dengan ada kerja perobohan pasti ia akan menjadi semakin sesak.

“Sudah pasti ada cara lain perlu digunapakai selain merobohkan bangunan yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri,” katanya dengan nada kesal.

See also  Volunteers unite for largest Earth Day cleanup in Penang

P20-06-10_17.57

Sementara itu, Saiful Adli Azman, 30, dari Pantai Dalam berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula kawasan ini sudah semakin sesak dengan pembangunan.

Menurutnya,ia wajar dipulihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri memandangkan kompleks penjara itu dikenali sebagai ikon negara ini dilihat mampu menjadi tarikan bagi pelancong asing.

0bdbe11a3805c888d3a1708feadc6b6c

Katanya, apa yang mendukacitakan kerajaan terus mengambil keputusan terburu-buru tanpa memikirkan nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

Pada pendapat beliau, kalau boleh biarlah sebahagian daripada penjara dan tembok ini dirobohkan manakala selebihnya dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Terpulang kepada kerajaan untuk menilai baik buruk sama ada kompleks penjara ini wajar dipulihara atau tidak, kalau benar kompleks ini mahu dipulihara biarlah ia dalam keadaan sedap mata memandang.

“Kita tidak mahu kompleks penjara ini dibiarkan tanpa pengawasan dan penyelenggaran sepenuhnya sekali gus mencacatkan pemandangan dapat dilihat pada hari ini,”katanya.