Berita susulan:BHP beri penjelasan berhubung insiden sebenar

Berita susulan:BHP beri penjelasan berhubung insiden sebenar

BHP berkata insiden itu merupakan kisah salahfaham disebabkan lokasi stesen BHP Taman Pertama yang jauh daripada jalan utama.

Komunitikini hari ini mengadakan pertemuan dengan pihak BHP di lokasi salah sebuah pusat membeli belah  di Damansara bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kejadian yang menarik perhatian orang ramai.

Menurut pegawai BHP yang enggan mendedahkan identitinya menyatakan timbulnya salah faham melibatkan Teo dengan dua orang staff BHP semasa kejadian berlaku.

Beliau memberitahu, lokasi tempat kemalangan terletak jauh daripada stesyen BHP dan bukan berada di tepi lebuhraya Cheras seperti yang dilaporkan.

“Memandangkan staff BHP tidak nampak kemalangan tersebut, berlaku salah faham di mana Teo mendakwa staff tidak diberikan alat pemadam api kepadanya,”ujarnya.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan  tingkah laku Teo dalam keadaan mencurigakan menyebabkan staff BHP takut untuk memberikan pemadam api tersebut.

Oleh hal yang demikian, pegawai BHP menjelaskan bahawa tindakan staff terbabit berhati-hati kerana kemalangan tersebut tidak nampak di depan mata dan ia jauh dari tempat kejadian malah keadaan tersebut pada waktu tengah malam sekitar jam tiga pagi.

Sebelum ini, pihaknya pernah menerima aduan daripada staff BHP yang mengalami perasaan trauma kerana seringkali menjadi mangsa ancaman rogol, samun dan bunuh oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Pihak BHP  merakamkan ucapan takziah kepada keluarga si mangsa di atas kehilangan  ahli keluarga mereka yang tersayang.

Komunitikini difahamkan, mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu merupakan pemilik Perodua Myvi, dipercayai Florina ak Joseph, 27, seorang pelajar yang berasal dari Sarawak manakala dua orang lagi mangsa difahamkan cedera parah dihantar ke PPUKM.