Sesi dialog residen Bandar Sri Damansara bersama OCPD Petaling Jaya.

Sesi dialog residen Bandar Sri Damansara bersama OCPD Petaling Jaya.

Satu sesi dialog bersama residen Bandar Sri Damansara dengan YACP Tuan Arjunaidi Mohammad, OCPD Petaling Jaya di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini.

Image0196

Satu sesi dialog bersama residen Bandar Sri Damansara dengan YACP Tuan Arjunaidi Mohammad, OCPD Petaling Jaya di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini.

Usul pertama yang dibincangkan ialah berkenaan dengan ura-ura  Balai Polis Komuniti Bandar Sri Damansara yang akan ditutup berikutan dengan pihak pemilik projek tanah di situ ingin mengambil semula tanah tersebut.

Residen Bandar Sri Damansara, Ravindran Raman Kutty berkata “sejak balai polis komuniti ditubuhkan, kadar jenayah di Bandar Sri Damansara telah banyak berkurang. Pihak kami sangat berharap agar balai polis komuniti Bandar Sri Damansara ditubuhkan semula kerana kemudahan ini sangat diperlukan untuk membantu pihak komuniti dalam membanteras jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan sekitar bandar ini.”

balai polis

Tuan Arjunaidi Mohammad memberi komen terhadap isu tersebut turut mengakui balai polis komuniti Bandar Seri Damansara telah banyak membantu pihak polis, namun hal yang demikian balai polis tersebut bukanlah balai polis rasmi di mana balai polis komuniti hanya mempunyai seorang pegawai polis berpangkat ‘sarjan’ yang bertugas di situ.

Balai polis komuniti yang ditubuhkan lebih berfungsi sebagai balai polis satelit.

Balai polis satelit yang dimaksudkan itu ialah pecahan balai-balai polis kecil untuk menjaga kawasan tertentu seperti balai polis komuniti Bandar Sri Damansara yang ditubuhkan untuk mengawal sekitar bandar tersebut juga menjaga di sekitar kawasan Damansara Damai.

Pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan menubuhkan semula balai polis Bandar Sri Damansara iaitu balai polis rasmi bukan lagi sebagai balai polis komuniti. Pihak kami hanya menunggu bajet sahaja untuk menubuhkan balai polis baru ini.”

Ravindran Raman Kutty melaporkan pihak persatuan Bandar Sri Damansara telah membelanjakan sebanyak lebih RM600,000 pada tahun lepas untuk sistem keselamatan sekitar Bandar Sri Damansara bagi memastikan keselamatan kawasan bandar sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Pihak beliau berterima kasih dan berharap agar pihak polis dapat bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi sistem keselamatan di sekitar Bandar Sri Damansara.

Salah seorang bekas ketua pengawal keselamatan di Bandar Sri Damansara, Lau Seng Lee berkata “Persatuan Bandar Sri Damansara perlulahlah menjadi pertubuhan komuniti yang rasmi dengan mempunyai hak-hak tertentu dalam membangunkan Bandar Sri damansara kerana terdapat perkara-perkara yang pihak persatuan tidak boleh mengambil tindakan kerana perlu meminta kebenaran dari pihak atasan.

Tindakan dari pihak atasan sangat lambat malah tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap aduan yang dibuat oleh penduduk.”

Beberapa warga persatuan turut mengambil kesempatan dengan membuat aduan kes-kes tertentu seperti keselamatan di tempat letak kereta awam yang tidak selamat dan juga kesesakan lalu lintas jalan.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan pihak persatuan sangat berterima kasih dengan pihak polis yang telah banyak memberi kerjasama dengan persatuan Bandar Sri Damansara dalam membangunkan kawasan mereka.