Penduduk disaran sertai SRS kurangkan jenayah

Penduduk disaran sertai SRS kurangkan jenayah

Skim Rondaan Sukarela merupakan satu cara untuk penduduk membantu dalam menangani masalah jenayah.

Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam komuniti masing-masing dengan menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengurangkan kejadian jenayah di kawasan perumahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerjasama erat antara masyarakat, polis dan pihak berkuasa tempatan seharusnya dipupuk bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan dalam komuniti.

Menurutnya, ia merupakan satu usaha yang baik dalam mengurangkan kadar jenayah kerana difahamkan  jenayah ragut dan pecah rumah semakin serius sejak kebelakangan ini.

“Dengan adanya rondaan ini dapat meningkatkan semangat kejiranan kadang-kadang kita duduk kat bandar, jiran pun kita tak kenal,” katanya kepada Komunitikini, baru- baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk SS5A/16,18,19 dan SS5B/1,3,6, Datuk Ishak Ibrahim ketika ditemui berkata, tujuan diadakan rondaan malam ini adalah untuk menjaga keselamatan dan memupuk semangat kejiranan.

See also  Penang joins the One Planet City Challenge: Vote Now!

Menurutnya, setakat ini rondaan 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja, mungkin masa rondaan akan dipertingkatkan sehingga tempoh 24 jam sekiranya ada penduduk sanggup menyertainya.

“Insyallah dalam tempoh dua bulan, sekiranya mendapat persetujuan daripada penduduk, kita akan melaksanakannya.”

Mengulas lanjut mengenai semangat kejiranan, beliau turut mengakui semangat kejiranan khususnya di kawasan bandar  pada masa kini semakin pudar.

“Walaupun jiran berada di sebelah rumah, mereka tidak bertegur sapa, malah apa yang lebih mendukacitakan tidak mengetahui nama.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita atau jiran, bagaimana,sewajarnya kita perlu menangkis mentaliti sebegitu” katanya.

Ujarnya, penduduk menyambut baik cadangan mengadakan rondaan malam sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.

See also  Penang joins the One Planet City Challenge: Vote Now!