Aktiviti santai dan beriadah di taman sukan lasak

Aktiviti santai dan beriadah di taman sukan lasak

Bagi remaja yang menetap atau belajar di Shah Alam sudah pastinya begitu sinonim dengan taman sukan lasak lebih dikenali sebagai Ekstreme Park yang terletak di Seksyen 13.

Kawasan ini menjadi pilihan kebanyakan remaja untuk meluangkan masa beriadah dan bersantai.

Aktiviti lasak yang dipertontonkan semestinya menarik minat para remaja lain untuk datang melihat walaupun kebanyakan yang mengunjungi tidak mempunyai minat di dalam bidang tersebut.

Bagi remaja yang meminati aktiviti sukan lasak atau sukan ekstreme seperti papan luncur, tembok tiruan, basikal BMX dan `inline skating`.

Pengemar sukan lasak menjadikan kawasan ini sebagai tempat latihan sekali gus mempertajamkan skil kebolehan masing-masing.

Tinjauan Komunitikini pada sebelah malam  mendapati kebanyakan remaja berusia dalam lingkungan awal 20an menjadikan tempat ini sebagai satu destinasi pilihan utama untuk beriadah dan mengulangkaji pelajaran.

Salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Fahmi Yahya, 24, ketika ditemui berkata kemudahan jalur lebar percuma menjadi pilihan kebanyakan penuntut menghabiskan masa di restoran makan segera.

See also  Battle of the Reds: Legends lineup and trophy unveiled

“Ia jauh sekali berbeza dengan kedai mamak, taklah berapa bising sangat dan selesa untuk mengulangkaji pelajaran,”katanya.

Sementara itu,penuntut jurusan kimia gunaan tahun akhir UiTM Shah Alam, Ummi Shafikah Ahmad Basa, 23 pula menyifatkan restoran makan segera menjadi tumpuan untuk menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah kerana mempunyai kemudahan jalur lebar internet atau wifi percuma.

Menurutnya suasana persekitaran di sini juga berbeza kerana berhampiran dengan taman sukan lasak menjadikan seluruh kawasan ini ceria.

“Ada antara mereka ditemani oleh ibu bapa sekali gus dapat meluangkan masa pada malam hari di sebuah kawasan terbuka tanpa menimbulkan persepsi negatif masyarakat setempat,”katanya.

Menangani gejala sosial di kalangan remaja

Kewujudan taman sukan lasak ini memberi banyak manfaat kepada komuniti setempat khususnya para remaja kerana berbagai aktiviti boleh dilakukan hanya di sebuah kawasan terutamanya pada waktu malam hari.

See also  MABA & PBA seek Penang's future basketball stars

Tidak ketinggalan taman sukan lasak dari seluruh pelusuk negeri turut datang bermain di taman sukan lasak ini.

Kebanyakan dari mereka mengatakan bahawa taman sukan lasak menjadi pilihan mereka kerana ia dibuka 24 jam.

Kawasan taman sukan lasak sentiasa dikunjungi pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad dilihat sebagai satu kawasan paling ideal untuk remaja meluangkan masa dan bersantai.

Fakta menarik mengenai taman sukan lasak

Terletak di lingkaran pusat sukan berdekatan dengan Stadium Shah Alam, Stadium Melawati, mini stadium dan Pusat Akuatik.

Selain itu ianya juga berdekatan dengan pusat membeli belah Giant Seksyen 13 dan Tesco.

Di kawasan ini juga terdapat restoran makan segera iaitu  Burger King dan KFC.

Selain itu, terdapat pelbagai restoran seperti Rafi Bistro, Pelaga dan Restoran Zul Yahya berdekatan dengan taman sukan lasak menjadi pilihan seisi keluarga untuk menjamu selera.