Penduduk resah, pihak berwajib digesa bina lampu isyarat

Penduduk resah, pihak berwajib digesa bina lampu isyarat

Peduduk  taman perumahan di sekitar Taman Putra Damai mahu pihak berwajib membina sebuah lampu isyarat di jalan PJU1A/4 memandangkan kawasan itu berisiko tinggi berlakunya kemalangan.

Salah seorang Penduduk , Shamsul Ibrahim 37, ketika ditemui Komunitikini berkata, ibu bapa berasa bimbang memandangkan anak-anak mereka menggunakan laluan itu setiap hari untuk ke sekolah rendah dan menengah Lembah Subang.

Menurutnya, kebanyakan kenderaan terutamanya pemandu kenderaan berat memandu laju apabila melalui kawasan ini yang mempunyai simpang empat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Pernah beberapa kali berlaku kemalangan di persimpangan ini, kesesakan juga teruk terutama pada waktu kemuncak pada jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi manakala petang pula sekitar jam 5.30 hingga berlarutan 10.00 malam.

“Selain lampu isyarat, bonggol jalan juga perlu dibina supaya pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui simpang empat itu,”katanya.

Shamsul berkata, papan tanda amaran juga perlu didirikan bagi memaklumkan pengguna jalan raya bahawa kawasan itu berhampiran dengan kawasan sekolah.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah berkenaan seterusnya mengelakkan masalah lain timbul.

Komunitikini difahamkan kawasan simpang empat itu menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya menghubungkan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.