Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah terpilih untuk menjadi lokasi pelaksanaan projek penurapan semula jalan menggunakan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan, juga dikenali sebagai “Cuplump Modified Asphalt” (CMA).
Dalam mengenalkan inovasi ini, Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, telah membuat lawatan ke tapak penggunaan teknologi ini di Jalan Cetak, Kawasan Perindustrian Tasek pada pagi hari.
Projek ini merupakan hasil usaha bersama antara MBI dan Lembaga Getah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komuditi, dan pembiayaan daripada Kementerian Kewangan.
CMA adalah teknologi baru dalam bahan penurapan jalan yang menggunakan bitumen (tar) yang telah diubahsuai dengan campuran getah bekuan. Ini membawa pelbagai faedah termasuk peningkatan kualiti turapan jalan dengan mengurangkan kesan retakan dan kesan aluran (rutting), serta memanjangkan jangka hayat turapan.
“Campuran itu boleh meningkatkan kualiti turapan dengan mengurangkan kesan retakan serta aluran dan memanjangkan jangka hayat turapan.
“Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan kaedah turapan secara konvensional sebelum ini,” menurut MBI hari ini.
Menurut MBI, antara kelebihan CMA adalah daya tahan terhadap beban berat di mana sesuai dilaksanakan di kawasan perindustrian dan jalan utama, ketahanan terhadap cuaca ekstrem serta terhadap pencemaran bahan bakar.
Selain itu, penggunaan CMA juga dijangka dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka panjang jika dibandingkan dengan kaedah penurapan jalan konvensional sebelum ini.
Selain itu, ialah kualiti permukaan turapan yang lebih baik apabila CMA dapat menghasilkan permukaan turapan yang lebih mampat dan kurang ronggaan.
Tambah MBI, kerja penurapan jalan itu dijangka bermula pada pertengahan Oktober ini dan bakal siap dalam tempoh empat hingga enam minggu.
MBI telah menerima peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk menjalankan kerja pembaikan dan penurapan semula jalan sepanjang 9.5km. Kawasan yang terlibat termasuk sebahagian Kawasan Perindustrian Tasek, sebahagian Kawasan Perindustrian IGB, sebahagian Jalan Bendahara, dan sebahagian jalan utama di Station 18.
Kerja penurapan jalan ini dijadualkan untuk bermula pada 22 November 2023 dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu. Pengguna jalan dinasihatkan untuk mematuhi arahan lalu lintas semasa pelaksanaan kerja untuk memastikan kelancaran proses penurapan jalan di kawasan yang ditetapkan.