Solidariti menuntut hak pekerja

Solidariti menuntut hak pekerja

Ahli NUBE dari seluruh negara berkumpul di Pejabat Berdaftar NUBE di Kuala Lumpur hari ini lanjutan bantahan terhadap tindakan Maybank yang memecat dua orang pegawai NUBE iaitu Timbalan Presiden, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt pada 31 Januari lalu.

Mereka dipecat kerana memegang sepanduk ‘Maybank Rob Poor Workers’ di luar bangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, tahun lepas.

Perhimpunan yang bermula jam 8 pagi tadi, yang dimulakan dengan forum yang bertajuk ‘Penghakisan Hak-hak Pekerja di Malaysia’.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mereka kemudian membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri Sumber Manusia, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan SUHAKAM berhubung tindakan Maybank.

Seramai 520 ahli NUBE yang berdaftar dalam perhimpunan hari ini seterusnya berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke Dataran Maybank bersama wakil-wakil kesatuan sekerja yang lain untuk berpiket dalam hujan lebat.

Video by AMIRULL SALIHING, Citizen Journalist

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

 

Amirull Salihing