1 Deepavali Celebration in Klang

1 Deepavali Celebration in Klang

Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor ke karnival Deepavali 2010 semalam, 31 Oktober telah memeriahkan Jalan Tengku Kelana Bandar di Raja Klang dan menghiburkan lebih dari 8000 pengkunjung serta peniaga-peniaga. Pengunjung-pengunjung telah tiba seawal 7.00 petang menyedari kesesakan lalu-lintas bagi menyambut ketibaanya.

Ketibaan Datin telah disambut dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian merak, gendang urimimelam, tarian bangra, tarian naga dan sebagainya.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Datuk Dr S.Subramaniam, Menteri Sumber Manusia dan Datuk Kenneth Eswaran Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Walaupun ramai hadirin yang kecewa dengan ketidak hadiran YAB Dato Sri Mohd Najib namum demikian janji yang disampaikan oleh beliau untuk menghadirkan diri dalam tempoh masa terdekat setidak-tidaknya menenangkan hati pengkunjung-pengkunjung carnival tersebut.

Walaupun Karnival Deepavali 2010 telah mula sejak seminggu yang lalu di merata tempat di Klang namun penantian saat-saat terakhir melakukan pembelian adalah sesuatu yang lumrah dikalangan masyarakat Malaysia dengan harapan dapat melakukan tawar-penawar yang lebih.

Camera: R Rajeswari

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Suntingan oleh KSTan

Citizen Journalists Malaysia

Tan Kai Swee