Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) telah sebulat suara memberi autonomi penuh kepada Pakatan Rakyat Sabah untuk memberi fokus kepada pembangunan Sabah untuk rakyat Sabah. Sehubungan ini Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, YB Nasharuddin Mat Isa di Majlis Malam Pakatan Rakyat yang diadakan di Putera Ballroom, Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 15 September 2010.
Video oleh Marcel Chong, Wartawan Masyarakat