Parvathy sengsara kerana tiada MyKad

BANTING – Walaupun telah beberapa kali cuba mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara, Parvathy masih tidak berjaya mendapatkan MyKad. Setiap kali pihak yang tampil membantunya hanya menjadi “lintah darat”.

Parvathy (green blouse) and her family

Kisah individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (MyKad) tidak asing lagi di Malaysia. Walaupun dilahirkan di Malaysia, namun akibat kecuaian mereka, sengsara hidup tanpa MyKad berlarutan sehingga kini.

Parvathy, 42, menetap di Jenjarum, Banting. Beliau lahir di Malaysia, tetapi disebabkan kecuaian keluarganya, hari ini beliauhidup dalam ketakutan kerana tidak mempunyai MyKad.

Walaupun telah beberapa kali cuba mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara, Parvathy masih tidak berjaya mendapatkan MyKad. Setiap kali pihak yang tampil membantunya hanya menjadi “lintah darat” dengan meminta wang tetapi tidak menolongnya.

Suami Parvathy, Imum Rangaya, 53, menghidap penyakit tenat. Mereka sekeluarga hidup dengan bantuan kerajaan sebanyak RM450 dan pendapatan Parvathy sebanyak RM15 sehari sebagai pekerja kilang besi berhampiran.

Disebabkan masalah kesihatan, Parvathy dan Imum terpaksa berulang-alik ke hospital Klang untuk rawatan tetapi kadang kala mereka terpaksa membatalkan rawatan kerana kos ulang-alik ke hospital yang agak tinggi.

Berikutan ini, mereka juga menghadapi masalah untuk menyara perbelanjaan persekolahan anak mereka. Thilagawati, 19, dan Puvaneswaran ,18, telah berhenti sekolah, manakala dua orang anak mereka Mahendran, 15 ,dan Sasikala 14, baru sahaja berhenti sekolah dan anak bongsu mereka Faridah, 9, pula hampir berhenti sekolah kerana masalah kesihatan.

Oleh kerana Parvathy tidak mempunyai MyKad, beliau terpaksa meminjam nama orang lain untuk dijadikan sebagai nama ibu. Malah Faridah terpaksa didaftar dengan nama Islam kerana beliau terpaksa meminjam nama orang lain sebagai ibu.

Menurut Imum, beliau terpaksa melalui pelbagai masalah kerana isterinya tidak mempunyai MyKad. Pada bulan November 2011, Parvathy dipenjarakan di Kajang kerana disyaki sebagai warga India.

Imum berkata beliau terpaksa membayar wang sebanyak RM2,500.00 untuk mengeluarkan isterinya dari penjara dengan bantuan seorang peguam

 

 

 

Rajeswari