Sudah jatuh ditimpa tangga!

Sudah jatuh ditimpa tangga!

Ibarat sudah jatuh ditimpa, itulah nasib yang dialami oleh Yusof Judin dari Kampung Melalia, Sipitang, Sabah.

Sebelum ini dia mendapat khabar gembira bahawa dia antara mereka yang layak menerima rumah sumbangan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Yusof diminta menyediakan tapak rumah bagi tujuan pembinaan itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Setelah bertahun-tahun hidup merempat tanpa rumah sendiri, Yusof menebang pokok buah-buahan seperti durian, kelapa dan sebagainya di sebidang tanah yang diusahakannya.

Malah, bahan binaan bagi membina rumahnya menerusi projek PPRt juga dihantar ke tapak pembinaan tersebut.

Malangnya, selang beberapa hari kemudian, Yusof dikejutkan dengan berita buruk bahawa dia tidak layak menerima bantuan itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sehubungan itu, semua bahan binaan yang telah dihantar seperti papan dan atap ditarik balik oleh pegawai-pegawai PPRT.

Alasan yang diberikan ialah kerana ibu Yusof mempunyai rumahnya sendiri dan Yusof boleh menumpang di rumah itu.

Yusof mendakwa bahawa pegawai-pegawai PPRT bertindak atas arahan pihak atasan. Dia  merasa amat kesal dengan sikap pihak  atasan yang memberi arahan ini.

 

Video oleh Amde Sidik, Wartawan Masyarakat

Avatar photo

Amde Sidek

Amde is a legal eagle and former high ranking government official. Apart from defending his client and teaching law, he also finds time to shoot videos and write articles. Amde hails from Sabah.