GAMIS Sabah bersama rakyat dalam Bersih 3.0

KOTA KINABALU – GAMIS seru seluruh anak muda Sabah untuk turun bersama menyokong perhimpunan BERSIH dan TABAH di Padang Merdeka pada hari sabtu ini.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda Sabah untuk turun ke himpunan Bangkit 2.0 dan Bersih 3.0 yang akan diadakan esok di Padang Merdeka, dekat sini.

Asmi Basri

Pengerusinya, Asmi Basri, 24, berkata, pihak GAMIS Sabah akan menggerakkan semua mahasiswa dari setiap kampus utama dan anak muda di negeri ini bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu yang diperjuangkan kedua-dua belah pihak yang terlibat.

“Saya menyeru seluruh anak muda Sabah untuk turun bersama menyokong perhimpunan BERSIH dan TABAH di Padang Merdeka pada hari sabtu ini.”

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kami di peringkat GAMIS Sabah sedaya upaya untuk memobilisasi mahasiswa dan mahasiswi dari setiap kampus utama di Sabah untuk turun menyatakan pendirian konkrit ke atas isu yang diperjuangkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihak GAMIS berpendirian sama terhadap usaha positif ini memandangkan tuntutan Bersih dan Bangkit yang di perjuangkan oleh Tabah (Bela Tanah Rakyat Sabah) merupakan perjuangan menuntut hak dan keadilan rakyat yang tertindas oleh pemerintah sendiri.

“Kita turun atas dasar kita mahukan perubahan positif dalam negara seperti yang termaktub dalam tuntutan BERSIH dan bersama-sama rakyat Sabah bagi mendepani isu tanah adat yang kian meruncing.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kami berpendirian bahawa pemerintah perlu lebih bersifat demokratik dan mempunyai political will yang utuh dalam menangani setiap isu rakyat,” ujarnya.
 

Wendy Chia