Bendera parti komponen Pakatan dicabut

JOHOR BAHRU – Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mencabut beberapa bendera parti komponen Pakatan Rakyat.

Sekumpulan penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru petang ini telah mencabut beberapa bendera parti komponen Pakatan Rakyat di sekitar persimpangan Jalan Molek 2, Taman Molek, Johor Bahru. Bendera-bendera tersebut dipasang sempena Jamuan Makan Malam yang dianjurkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bakal berlangsung malam ini di sebuah restoran di Taman Molek.

CJMY difahamkan, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal turut serta pada jamuan yang telah ditempah meja oleh 3000 tetamu itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Salahudin Ayub.

Pihak CJMY gagal mendapatkan sebarang penjelasan dari penguatkuasa tersebut berhubung tindakan mereka kerana mereka beredar sebaik sahaja kami memperkenalkan diri sebagai wartawan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Amirull Salihing