Para mangsa keganasan pihak polis.

SAMM: PDRM perlu siasat dan jelaskan

KUALA LUMPUR – Perkara yang disentuh di dalam memorandum itu menyebut dua kejadiaan utama yang dipercayai telah mencetuskan berbagai bentuk keganasan.

 

Badrul Hisham Shaharin dari Solidariti Anak Muda Malaysia.
Badrul Hisham Shaharin dari Solidariti Anak Muda Malaysia (kanan)

Satu memorandum telah dihantar kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di ibu pejabatnya di Bukit Aman untuk mendesak  anggota polis yang bertindak liar semasa Bersih 3.0  tampil ke hadapan.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga mewakili 28 NGO yang lain.

Perkara yang disentuh di dalam memorandum  itu menyebut dua kejadiaan utama yang dipercayai telah mencetuskan berbagai bentuk keganasan dan jenayah oleh pihak polis keatas  perserta perhimpunan baru-baru ini di seluruh bandaraya.

Kejadian tersebut adalah menolak halangan polis dan kemudian berundur oleh beberapa individu yang meragukan daripada kawasan larangan mahkamah  iaitu Dataran Merdeka dan penyebaran khabar angin di kalangan anggota polis yang mengatakan adanya anggota polis yang mati.

Isi kandung memo juga menyebut bahawa keadaan itu diburukkan lagi dengan kewujudan ramai agen provokasi dari kalangan anggota polis itu sendiri yang menyamar sebagai perserta perhimpunan.

Memorandum tersebut juga menyoal bagaimana gambar-gambar dari kawasan kawalan ketat polis boleh berada di dalam tangan blogger-blogger pro kerajaan manakala wartawan dikasari dan peralatan mereka dirampas.

Pihak NGO ini juga berharap ada tindakan susulan dari pihak atasan PDRM dan kerajaan sendiri dan jika tidak pihak mereka tidak teragak-agak untuk membuat edaran awam senarai gambar-gambar anggota yang terbabit dalam bentuk risalah dan poster.

Para mangsa keganasan pihak polis.
Para mangsa keganasan pihak polis.

ftnicholas

Citizen Journalist Malaysia trained by Malaysiakini.