Persatuan Silat Cekak Hanafi anjur program tahunan

Persatuan Silat Cekak Hanafi anjur program tahunan

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah menganjurkan tiga program baru-baru ini di Ampang, Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-13 pada jam 10 pagi dengan kehadiran ahli-ahli dari Cawangan Selangor, Perak, Terengganu, Pahang, Ibu Pejabat Kuala Lumpur serta ahli seumur hidup Silat Cekak Hanafi.

Pemilihan Jawatankuasa tertinggi persatuan turut dijalankan dalam majlis yang berlangsung di Akademi Silat Cekak Hanafi itu.

Pada jam 2 petang, program diteruskan dengan Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat di Dewan Perdana Keramat Mall. Selain penyampaian tauliah untuk para jurulatih Silat Cekak Hanafi, upacara ikrar tenaga pengajar turut dilaksanakan.

“Rahsia di dalam Silat Cekak Hanafi ini banyak sekali, tidak habis belajar dalam masa enam bulan, tidak habis belajar dalam enam tahun, atau 30 tahun. Jika dikaji dan didalami dengan niat yang baik, maka kita akan dapat banyak panduan untuk membetulkan diri kita,” demikian ucapan Marwi bin Latif, guru utama Silat Cekak Hanafi.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

“Kita mestilah jujur, yakin dan sayangkan ilmu silat ini dari luar hingga ke dalamnya, kemudian kita perlu mempraktikkan fahamannya di dalam kita bersilat dan di dalam kehidupan sehari kita. Sekadar contoh, dalam bersilat kita kena berdiri lurus. Di dalam menjalani kehidupan kita, kena menjadi manusia yang betul, jujur, boleh dipercayaï dan ikhlas dalam tindakan” tambahnya lagi.

Presiden Silat Cekak Hanafi, Dato’ Hj Md Nasir bin Md Arshad dalam ucapannya pula menyebut bahawa Silat Cekak Hanafi ingin menjadi persatuan yang mempunyaï imej, matlamat dan identiti tersendiri secara khusus berbanding pesaingnya.

“Kita harus balik ke pangkal, iaitu perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi yang mempunyaï ciri tersendiri”, ujarnya.

See also  MABA & PBA seek Penang's future basketball stars