Jabatan Penjara nafi guna kekerasan terhadap 200 banduan

Jabatan Penjara nafi guna kekerasan terhadap 200 banduan

Jabatan Penjara menafikan dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat dalam satu kejadian 4 Jan lepas.

Jabatan Penjara menafikan dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat dalam satu kejadian 4 Jan lepas.

Ketua Seksyen Dasar Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim berkata hanya empat banduan dan dua petugas mengalami cedera ringan dalam bentuk calar dan telah diberi rawatan di klinik penjara itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Begitu juga tiada kejadian memukul berlaku selepas banduan berkenaan  telah dapat dikawal dan dimasukkan ke bilik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita pada Rabu lepas yang mendakwa kekerasan berlebihan diguna bagi mengawal banduan terbabit yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemeriksaan ke atas diri dan sel mereka. Supri berkata ketegangan itu berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit dan telah dapat dikawal oleh 10 anggota yang bertugas.

Sementara itu, Lembaga Siasatan Jabatan Penjara telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut, dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Batu Arang pada 5 Jan bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Jabatan Penjara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang bertindak melakukan kekerasan di luar dari batasan peraturan yang ada,” katanya.

– Bernama