Pengawal keselamatan OKU dipercayai disamun dan dibunuh

Pengawal keselamatan OKU dipercayai disamun dan dibunuh

Seorang pengawal keselamatan orang kurang upaya (OKU) dipercayai disamun dan dibunuh dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Berjuntai Bestari di Kuala Selangor.

Seorang pengawal keselamatan orang kurang upaya (OKU) dipercayai disamun dan dibunuh dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Berjuntai Bestari di Kuala Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berumur 41 tahun itu dipercayai mati akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian dada, kepala dan belakang badan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata dalam kejadian 3.50 pagi tadi, mangsa ditemui terbaring di kawasan kantin sekolah berkenaan iaitu kira-kira 50 meter dari pondok pengawal oleh rakan sekerjanya.

“Mangsa mula bertugas pada 7 malam bersama seorang rakannya. Kira-Kira 3.40 pagi mangsa dan rakannya itu terdengar bunyi salakan anjing di kawasan belakang sekolah sebelum mengambil tindakan membuat rondaan.

“Mangsa dan rakannya menjalankan pemeriksaan secara berasingan sebelum rakannya dikatakan pulang ke pondok pengawal, namun mangsa tidak pulang.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Rakannya kemudian mencari mangsa, sebelum menjumpai mangsa terbaring dalam keadaan tangan dan mulut terikat,” katanya pada sidang media semalam.

Mohd Adnan berkata siasatan polis mendapati mangsa dipercayai disamun dan diserang lebih daripada seorang suspek, manakala telefon bimbit milik mangsa turut hilang.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis menahan seorang suspek iaitu rakan sekerja mangsa berumur 40 tahun yang bertugas pada malam kejadian kerana memberi keterangan bercanggah berhubung kejadian itu.

“Kita tangkap dia (suspek) kerana beri kenyataan yang bercanggah dan kita akan reman esok,” katanya.

Mohd Adnan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana membunuh.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

– Bernama