SPR: Kod bar tidak perlu pada kertas undi

SPR: Kod bar tidak perlu pada kertas undi

Kod bar tidak perlu digunakan pada kertas undi bagi menggantikan pengguna nombor siri sedia ada, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Kod bar tidak perlu digunakan pada kertas undi bagi menggantikan pengguna nombor siri sedia ada, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata kerahsiaan undi tetap terjamin dengan penggunaan nombor siri kerana kertas undi hanya dikeluarkan kepada pengundi setelah semakan identiti dibuat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Wan Ahmad berkata penggunaan nombor siri bertujuan memastikan jumlah kertas undi dalam peti undi adalah sama dengan yang dikoyak daripada buku kertas undi serta mempunyai nombor siri serupa.

“Penggunaan nombor siri adalah lebih mudah, jika ada pertikaian, kita semak terus dengan buku kertas undi,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau mengulas cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood semalam supaya nombor siri pada kertas undi dihapuskan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Wan Ahmad berkata nombor siri pada kertas undi diguna pakai di kebanyakan negara seluruh dunia kerana ia merupakan cara yang cepat dan terbaik bagi mengetahui jumlah yang keluar mengundi.

Beliau berkata parti politik di Malaysia perlu percaya dan yakin dengan sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang kerana ia telah dipraktikkan sejak merdeka.

“Sistem kita telah berjalan dengan baik, dan kita (SPR) telah lakukan banyak penambahbaikan termasuk bercadang menggunakan dakwat kekal pada jari,” katanya.

Selain itu, Wan Ahmad berkata kertas undi yang digunakan semasa pilihan raya bukan kertas biasa sebaliknya diimport dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad dengan penuh kerahsiaan.

“Warnanya pun kita rahsiakan sehingga hari mengundi. Ia bukan warna sama pada setiap pilihan raya,” katanya.

–  Bernama