PM ucap tahniah kepada Chong Wei kerana menjuarai Terbuka Korea

PM ucap tahniah kepada Chong Wei kerana menjuarai Terbuka Korea

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.

Photo by Didie

“Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini,” kata Najib menerusi mesej Twitter beliau semalam.

Najib berada di Afrika Selatan untuk lawatan kerja dua hari dan menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah negara berkenaan, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Chong Wei mengalahkan seteru utamanya yang juga juara Olimpik, Lin Dan, dari China dalam permainan rubber set, 12-21, 21-18 dan 21-13.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

Ini kemenangan pertama Chong Wei dalam kempen badminton 2012 beliau.

– Bernama