SPR: Pendaftaran pemilih secara “online” mulai hari ini

SPR: Pendaftaran pemilih secara “online” mulai hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan oran ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh  pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.

Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

– Bernama