Saranan anggota pangkat rendah ATM miliki SPM tidak membebankan

Saranan anggota pangkat rendah ATM miliki SPM tidak membebankan

Saranan supaya anggota pangkat rendah dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia bagi kategori “Lain-lain Pangkat” (LLP) yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia supaya mengambil peperiksaan itu tidak akan membebankan anggota LLP.

Copyright © 2009 Askar Wataniah Kementerian Pertahanan Malaysia

Saranan supaya anggota pangkat rendah dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia bagi kategori “Lain-lain Pangkat” (LLP) yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia supaya mengambil peperiksaan itu tidak akan membebankan anggota LLP.

Panglima Enam Briged Brig Jen Datuk Md Tajri Alwi berkata ini kerana bagi anggota LLP yang ingin mengambil peperiksaan SPM, ATM mempunyai Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) yang menawarkan kursus intensif SPM setiap tahun.

“Saya rasa tidak ada bebanan sebab dalam mana-mana briged kita ada Pusat Pendidikan Wilayah (PPW), kita ada kursus intensif SPM. Bagi siapa-siapa yang nak meningkatkan tahap akademik dia kena daftar dalam kursus intensif SPM yang kita anjurkan tiap-tiap tahun jadi benda ini tak timbul masalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Enam Briged di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, hari ini.

See also  Malaysia secures championship titles at Robothon 2024

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyarankan anggota ATM pangkat rendah dalam kategori LLP yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia supaya mengambil peperiksaan itu agar mereka dapat menikmati gaji dan imbuhan baru yang lebih baik.

Katanya mereka perlu lulus SPM dalam tempoh enam tahun mulai tahun ini untuk menikmati perubahan gaji dan imbuhan mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ATM yang dilaksanakan bulan ini.

Md Tajri berkata anggota LLP digalakkan bukan hanya memiliki SPM malahan perlu mencapai kejayaan lebih daripada itu yang mana mereka boleh menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi.

“Bukan capai SPM sahaja, lebih lagi daripada itu dia boleh belajar, kita pun ada tawar kepada mereka yang ada tahap akademik yang baik untuk teruskan pengajian diploma dan ijazah,” katanya.

See also  BookXcess launches innovative 1-for-1 book donation drive

Katanya usaha seperti itu penting kepada anggota LLP yang mempunyai keinginan untuk memantapkan kerjaya.

“Saya rasa yang betul-betul ingin meningkat dalam kerjaya dia kena usaha dengan lebih gigih dan tingkatkan tahap akademik yang ada sekarang, ambil SPM itu yang mustahak,” katanya.

Pada majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Enam Briged itu, Md Tajri menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya secara sementara kepada Left Kol Robia’ai Muhammad iaitu Pegawai Memerintah Batalion Keenam, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Md Tajri bakal melanjutkan pelajaran di National Defence College di Bangladesh mulai 20 Jan nanti selama setahun.

– Bernama