Bas domestik Melaka sering terganggu

MELAKA – Kekerapan yang tidak tersusun menyebabkan penumpang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas.

Perkhidmatan bas domestik di Melaka semakin terganggu sejak pentadbirannya diambil alih oleh kerajaan negeri Melaka.

Perkhidmatan bas ini sebelumnya diuruskan oleh syarikat swasta.

Penumpang-penumpang juga keliru dengan jadual perjalanan bas yang ditetapkan sekarang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Sebelum ini mereka boleh merancang perjalanan kerana masa dan kekerapan yang tersusun tetapi sekarang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas.

Penumpang Nasrul Hadi memberitahu bahawa bas yang disediakan untuk orang ramai semakin hari semakin teruk perkhidmatannya sehinggakan terpaksa menunggu lebih daripada satu jam hingga ke dua jam lebih.

Azmi

Photographer