Irwan: Kerajaan mampu beri bantuan BR1M kerana ekonomi pesat

Irwan: Kerajaan mampu beri bantuan BR1M kerana ekonomi pesat

Kerajaan kini berupaya untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban hidup rakyat menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan hasil pungutan kerajaan bertambah dengan keadaan ekonomi negara yang berkembang pesat tahun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr Irwan Siregar Abdullah berkata kerajaan tidak dapat melaksanakannya sebelum ini kerana pada tahun 2008 dan 2009 dunia mengalami krisis subprima dan pertumbuhan ekonomi negara ketika itu merosot manakala hasil pula kurang.

Beliau menolak sebarang khabar angin oleh pihak tertentu yang mendakwa kononnya wang yang diperuntukkan untuk BR1M diperoleh daripada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Sebaliknya, menurut beliau, wang yang diperuntukkan di bawah BR1M datang daripada hasil kerajaan berupa cukai dan kastam.

“Janganlah pula disebabkan kemampuan kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan kepada rakyat, ia disifatkan sebagai satu taktik untuk pilihan raya umum akan datang. Yang pasti, kerajaan akan tetap melaksanakan inisiatif membantu rakyat walau ada pilihan raya ataupun sebaliknya,” katanya semasa ditemu bual dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

Irwan Siregar juga menjelaskan, individu-individu yang gagal dalam permohonan mendapatkan BR1M, boleh membuat rayuan selepas ini dengan mengisi satu borang khas yang akan disediakan apabila keputusan mengenai senarai pemohon yang layak menerima bantuan dikeluarkan nanti.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Kerajaan, katanya, tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M daripada pemohon yang akan berakhir pada 10 Januari ini.

Ini kerana proses pembayaran sebanyak RM500 kepada pemohon yang layak, akan dilaksanakan pada 15 Januari ini.

– Bernama