Gerakan ABU (Asalkan Bukan Umno), Johor Bahru telah menganjurkan satu ceramah umum di Kampong Bendahara baru baru ini.
Selain penceramah penceramah tempatan, Hata Wahari, bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dan Haris Ibrahim, aktivis hak asasi manusia turut hadir bersama pada ceramah umum ABU yang bermula pada jam 9 malam.
Pelbagai isu semasa telah didedahkan oleh para penceramah dan antara isu yang menarik termasuk pendedahan isu pembohongan yang direka dan disiarkan dalam media arus perdana dan isu penipuan yang terdapat dalam senarai pendaftaran pengundi.
Sesi ceramah ABU berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan kawasan sekeliling tempat ceramah juga dipantaui oleh lebih kurang 10 anggota polis.