Suhakam tawar Anugerah Hak Asasi Manusia 2012

KOTA KINABALU – Suhakam sedang menjalankan program Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam suatu sessi pendengaran awam Suhakam di Kota Kinabalu.
Notis pendengaran awam.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedang menjalankan program Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli Sabah dari Isnin 4hb Jun hingga Sabtu 16hb Jun 2012 di Dewan Sedco, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu.

Inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam Hasmy Agam dan dibantu oleh Pesuruhjaya Jannie Lasimbang serta Muhamad Sha’ani Abdullah.

Bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Suhakam, Simon Sipaun juga hadir sebagai pakar perunding bebas.

Sesi pendengaran awam Suhakam melibatkan banyak masalah isu tanah dan kes tanah Orang Asal Sabah.

Pejabat Suhakam disini memberi notis bahawa penganugerahan akan diberikan kepada individu atau kumpulan yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam usaha mempromosi dan memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

Pencalonan ditutup pada jam 5 petang, Isnin 10hb September 2012.

Pemenang akan diumumkan pada Isnin 10hb Disember 2012 di Kuala Lumpur.

Satu anugerah akan diberi kepada individu yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam komuniti Malaysia atas dasar bukan untuk keuntungan.

Satu lagi anugerah akan diberi kepada satu badan bukan kerajaan atau badan masyarakat yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam komuniti Malaysia.

Suatu badan atau organisasi masyarakat adalah satu badan bukan untuk keuntungan (non-profit).

calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya dua dan tidak lebih dari lima mukasurat yang memberi contoh-contoh usaha yang dicapai oleh calon.

Bagi media, satu lagi anugerah akan diberi untuk hasil kerja yang diterbitkan dalam majalah, surat khabar di Malaysia atau untuk drama, berita serta program hal ehwal semasa dan dokumentari yang disiarkan di TV atau radio pada dua atau tiga tahun sebelum ini sehingga 31 Ogos 2012 tetapi tarikh ini tidak terhad sebenarnya.

calon mestilah mengupas, menyelidik dan memikirkan tentang kejadian yang berkenaan dengan isu hak asasi manusia yang kontemporari di Malaysia.

Tiga salinan hasil penerbitan – keratan akhbar,majalah, video atau DVD, rakaman audio dan CD mestilah disertakan.

Manakala, dalam sesi pendengaran awam Suhakam pada hari pertama, Simon Sipaun bertanyakan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Lee Chun Khiong sama ada terdapat mana-mana negara yang menggunakan sistem geran komunity mengakui menerima banyak soalan tentang kelebihan atau pro dan kontra tentang geran komunal ini dan tiada negara lain didunia ini menggunakan sistem geran komunal.

“Ada orang beritahu saya, mereka skeptikal tentang perkara ini. Dan kita boleh faham bahawa memang sukar untuk mengenalpasti mana satu tanah milik mereka dalam kawasan hutan itu. Jadi, saya sendiri lebih suka kalau pihak berkenaan dapat membuat perubahan ini (geran komunal),” katanya.

Dari kiri, Jannie, Hasmy dan Muhamad sedang dengar penjelasan Pegawai Daerah Tuaran.

David Thien