Umat Islam dipelawa sertai kelas Tahsin Al-Quran di Besut

Umat Islam dipelawa sertai kelas Tahsin Al-Quran di Besut

Umat Islam di negeri ini dipelawa menyertai Kelas Tahsin Al-Quran Bersama Keluarga atau berkumpulan anjuran Pusat Minda Besut yang akan diadakan esok bermula jam 7.30 pagi di Pusat Kecemerlangan Imtiaz Kampung Raja.

Pengerusi Pusat Minda Besut Toh Puan Che Kamariah Zakaria berkata penyertaan berkeluarga atau berkumpulan antara lima dan 12 orang amat dialu-alukan sebagai satu usaha mewujudkan keluarga dan masyarakat yang mesra al-quran.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya program julung kali diadakan itu bertujuan mendedahkan keistimewaan al-Quran kepada semua peringkat generasi dalam usaha melahirkan generasi celik al-Quran.

“Setiap peserta dikenakan yuran RM25 dan mereka akan diajar oleh beberapa qari dan qariah yang terpilih mengikut kumpulan masing-masing,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mereka yang berminat menyertainya boleh mendaftar atau menghubungi nombor 019-9367050 dan dikehendaki membawa al-Quran sendiri bersama pakaian solat untuk mengikuti program berkenaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama