Legoland tawar pas tahunan pada diskaun istimewa

Legoland tawar pas tahunan pada diskaun istimewa

Legoland Malaysia kini menawarkan pas tahunan prapembukaan, yang sah untuk keseluruhan tahun 2013, pada diskaun istimewa, mulai RM150 untuk kanak-kanak dan RM195 untuk ibu bapa.

Legoland Malaysia kini menawarkan pas  tahunan prapembukaan, yang sah untuk keseluruhan tahun 2013, pada diskaun istimewa, mulai RM150 untuk kanak-kanak dan RM195 untuk ibu bapa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Besarnya Siegfried Boerst, berkata pas tahunan itu akan membolehlan individu dan keluarga menikmati akses tanpa had ke taman seluas 31 hektar itu yang menawarkan 40 permainan, partunjukan dan tarikan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pas tahunan prapembukaan itu disediakan bukan sahaja untuk membolehkan peminat Legoland mengambil peluang terhadap nilai hebat, malah boleh memasuki taman itu selama tiga bulan pada 2012 dan keseluruhan 2013.

Beliau berkata harga istimewa itu ditawarkan untuk tempoh yang terhad, dan tiket boleh diperoleh secara dalam talian menerusi laman web AirAsia RedTix di www.AirAsiaRedTix.com.

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
From RM1,000
Get featured →