Adnan Yaakob: Bantuan RM400 juta bagi bas adalah untuk rakyat

Adnan Yaakob: Bantuan RM400 juta bagi bas adalah untuk rakyat

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan dana RM400 juta yang diluluskan kerajaan pusat bagi membantu pengendali bas henti-henti adalah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Photo from spad.gov.my

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan dana RM400 juta yang diluluskan kerajaan pusat bagi membantu pengendali bas henti-henti adalah untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Langkah itu memang kena pada masanya…bantuan kewangan itu memang dijangka di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa untuk rakyat dan kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya keputusan itu juga menunjukkan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” bukan sekadar retorik.

Beliau mengulas pengumuman Najib hari ini bahawa kerajaan pusat telah meluluskan dana bagi membantu pengendali bas henti-henti yang menghadapi masalah kewangan bagi meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata dana itu akan diuruskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Najib juga berkata untuk fasa pertama, dana itu akan digunakan bagi membantu syarikat bas di Selangor, diikuti negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

– Bernama