158 motosikal di IPD Kuantan tidak dituntut

158 motosikal di IPD Kuantan tidak dituntut

Sebanyak 158 buah motosikal pelbagai jenis yang disimpan sejak 11 tahun lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan
tidak dituntut pemilik.

Sebanyak 158 buah motosikal pelbagai jenis yang disimpan sejak 11 tahun lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan
tidak dituntut pemilik.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata sebahagian besar daripada motosikal itu disita atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kesemua motosikal itu tidak pernah dituntut pemilik sejak tahun 2000 lagi dan sehingga kini kami gagal mengesan pemilik motosikal terbabit,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata pihaknya memberi tempoh dua bulan bermula hari ini bagi pemilik menuntut motosikal mereka sebelum dilelong kepada orang ramai.

“Mereka yang kehilangan motosikal atau pernah disita bolehlah datang sendiri ke IPD Kuantan dengan membawa salinan geran asal motosikal mereka bagi mengesahkan mereka pemilik sebenar kenderaan terbabit,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  ECRL Kuala Selangor alignment is 83% complete as port link nears

Beliau berkata mereka juga boleh menghubungi ASP Abd Halim Ahmad di talian 09-5652039 atau 019-9542130 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

– Bernama