Ibu dan kakak warga Perancis yang dipercayai dibunuh beri sampel DNA

Ibu dan kakak warga Perancis yang dipercayai dibunuh beri sampel DNA

Ibu dan kakak Stefanie Foray, warga Perancis yang dipercayai dibunuh dan mayatnya ditanam di sebuah gua di Pulau
Tioman, tiba di Kuantan hari ini bagi menyerahkan sampel untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ibu dan kakak  Stefanie Foray, warga Perancis yang dipercayai dibunuh dan mayatnya ditanam di sebuah gua di Pulau
Tioman, tiba di Kuantan hari ini bagi menyerahkan sampel untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mereka tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan kira-kira 12 tengah hari tadi dengan ditemani pegawai dari Kedutaan Perancis serta anggota polis.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Turut kelihatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasegaran.

Sumber polis memberitahu Bernama pihak hospital telah mengambil sampel darah daripada kedua-duanya bagi dipadankan dengan DNA rangka manusia yang ditemui di Kampung Tekek, Pulau Tioman pada Isnin lepas.

Foray, 30, yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis dilapor hilang sejak 8 Mei lepas.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Susulan laporan polis yang dilakukan keluarga wanita itu menerusi wakil Perancis di Singapura, siasatan mendapati Foray ke Pulau Tioman pada 10 Mei dan tidak pernah mendaftar keluar.

Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

– Bernama