Sempena sambutan hari pekerja 6 Mei 2012 yang lalu, Mohd Salleh Hj Ahmad telah menyampaikan ceramah bertajuk pekerja dan kesatuan sekerja.
Beliau yang merupakan seorang bekas anggota tentera dan kini adalah pegawai penyelaras kesatuan sekerja industri elektronik wilayah selatan menerangkan sejarah kesatuan sekerja di negara kita dan peranannya dalam menjaga hak pekerja.
Antara fakta-fakta yang dinyatakan adalah bagaimana waktu pekerja dijadikan sebagai lapan jam dan bagaimana kekuatan kesatuan dikurangkan dengan dipecah-belahkan oleh penjajah pada masa lalu.