Akta Bangunan dan Harta Bersama akan dipinda

Akta Bangunan dan Harta Bersama akan dipinda

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meminda Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 bertujuan menyelesaikan beberapa masalah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meminda Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 bertujuan menyelesaikan beberapa masalah melibatkan pengguna, pemaju dan pemilik bangunan komersial.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata satu daripada pindaan yang sedang dikaji ialah bagi membolehkan sebuah tribunal diwujudkan di kementerian itu bagi mendengar dan menyelesaikan dengan segera masalah yang dibawa oleh pihak-pihak berkenaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Peruntukan-peruntukan yang sedia ada ini tidak mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara pemilik rumah dan jawatankuasa pengurusan iaitu Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Terdahulu Chor menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi kerjasama akademik antara Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia dan Open Universiti Malaysia (OUM).

Ia ditandatangani oleh Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia Datuk Teo Chiang Kok dan Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Chor berkata kementerian sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengetahui peruntukan-peruntukan yang boleh dimuatkan dalam akta itu selain mendapatkan cadangan daripada pemaju dan pengguna.

– Bernama